Have an account?

26 March 2010

ISU PENGINAPAN PELAJAR SESI AKADEMIK SEMESTER HADAPAN


PERSATUAN MAHASISWA KEJURUTERAAN AWAM & SUMBER ALAM (PERKASA)
UNIT PENGURUSAN BADAN PELAJAR
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
LEBUHRAYA TUN RAZAK
26300 GAMBANG, KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR


TARIKH : 26 MAC 2010


PERKARA : ISU PENGINAPAN PELAJAR SESI AKADEMIK SEMESTER HADAPAN


Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Kita sedia maklum bahawa pada semester hadapan, sebilangan daripada kita mungkin akan ditempatkan di luar kampus disebabkan kekurangan tempat penginapan yang disediakan oleh pihak Universiti Malaysia Pahang.
Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik warga PERKASA untuk memberikan maklum balas, buah fikiran mahupun pendapat kepada saya berkenaan isu ini. Suara rakan-rakan sekalian yang prihatin dengan isu ini akan saya sampaikan ke pihak atasan demi kebajikan kita bersama. Tidak dilupakan juga, kami di pihak ahli jawatan kuasa PERKASA berusaha mencari jalan alternatif dan penyelesaian yang terbaik untuk kita semua. Maka sila balas memo ini secepat mungkin supaya masalah ini dapat di selesaikan.

Sekian terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
MUHAMMAD IQRAM BIN ZULKIFLI
(013-5804090)
PENGERUSI PERSATUAN MAHASISWA KEJURUTERAAN AWAM & SUMBER ALAM



1 comments:

Anonymous said...

salam...fakulti fist ade wt borg koko untuk pelajar...so dorg maybe ad klebihan ntuk dpt penginapan... sepatutnye pihak universiti x bleh wt cmnie...syarat dikeluarkn bile akhir sem, then p1 & p2 dberi keutamaan...ntk plajar thun 1 or thun 2 yg xde knderaan akn ad mslh besar bile duduk luar campus....klau nk diikutkn duet ptptn ntk plajar thun 2 sem dpan cme tggal RM1300 dan kbawah..slps tolak yuran,pnjaman pendahuluan...bygkn untuk duduk luar campus...kami prlu byr duet sewa rumah,bil,n mcm2...sye hrap pihak PERKASA dpat bantu kmi semua..dan sruh NC b'pegang pd janji.."semue plajar UMP akan menginap ddalam smpi abes blajar"...