Have an account?

27 March 2010


Lawatan Ke Empangan Chereh Sungai Lembing Kuantan (Pencarian Peserta)

Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera

Pada 7 April 2010 (Rabu) PERKASA akan mengadakan lawatan ke Empangan Chereh di Sungai Lembing Kuantan Pahang. Empangan Chereh merupakan tasik buatan manusia yang membekalkan air bersih yang terbesar di Malaysia yang berkeluasan 16.2 Km persegi menyamai 1/3 keluasan Putrajaya. Mula dibina pada 1 Mac 2002 dengan kos asal RM69 juta dan mula beroperasi pada 29 Julai 2008 dibawah kendalian Badan Kawalselia Air Negeri Pahang. Empangan ini yang terletak kira-kira 64 km di hulu Kuantan,Pahang dianggarkan mampu menampung 260 juta meter padu air dan apabila empangan ini sudah penuh, dijangkakan dapat membekalkan air sebanyak 300 juta liter sehari serta dapat mengawal bencana banjir sekitar Kuantan sepanjang musim tengkujuh.

Justeru itu,di bawah kendalian Exco Tugas-Tugas Khas, PERKASA bersetuju untuk mengadakan satu lawatan ke Empangan Chereh dan lawatan ini telah diluluskan oleh pihak JHEPA. Oleh itu, saya mewakili pihak PERKASA menjemput anda semua untuk menjadi peserta lawatan ini.

Kepada semua ahli PERKASA yang berminat dan ingin menyertai lawatan ini boleh membalas memo yang dikeluarkan dan jumlah peserta adalah terhad kepada 40 orang sahaja termasuk AJK. Yuran bagi program ini sebanyak RM 5 bagi setiap peserta

Kepada yang berminat sila membalas memo dengan menyatakan

Nama:

ID No:

Hp.No:

Tahun:

Sebarang pertanyaan tentang lawatan ini boleh diajukan kepada

MOHD ZULFADLI BIN JUHARI (013-9042898)

1 comments:

nuRuLain_zAiNi said...

budak2 tahun 2 ade test lah hari tu..tunda ke hari lain x leh?
cz bende ni kan mcm related ngan tahun 2