Have an account?

02 March 2010

PERARAKAN MAULIDUR RASUL


Pada ahad yang lepas, 28 Februari 2010 PERKASA telah melibatkan diri di dalam perarakan Maulidur Rasul yang juga merupakan salah satu daripada pertandingan yang dijalankan. Sebelum hari perakakan, beberapa orang wakil dari Exco dan Sekretariat PERKASA bertungkus lumus menyiapkan sepanduk dan prop-prop yang berkaitan dengan perarakan tersebut.

Pada hari perarakan, seramai hampir 40 orang ahli PERKASA dan semua persatuan dari setiap fakulti turut melibatkan diri di dalam aktiviti ini. Perarakan bermula pada jam 9.00 pagi yang bermula dari perkarangan Masjid dan berakhir di Kompleks Sukan.

Setalah tiba di perkarangan Kompleks Sukan, kami beransur-ansur masuk ke dalam Kompleks Sukan untuk majlis penutup. Nama pemenang bagi setiap pertandingan diumumkan bagi menerima hadiah masing-masing. Bagi aktiviti Pertandingan Sepanduk, PERKASA diumumkan sebagai Naib Johan. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli PERKASA yang telah melibatkan diri mereka di dalam aktiviti ini dan diharapkan juga ahli-ahli PERKASA yang lain akan turut juga melibatkan diri mereka di dalam setiap aktiviti yang akan dijalankan.

2 comments:

Syazwan Nizam said...

NAK TGK GAMBAR???

shiema said...

gambar ader kat gallery zam..