Have an account?

17 March 2010

SIAPA NAK JOIN EKSPLORASI BERAKIT SUNGAI PAHANG IPT 1MALAYSIA???

Assalmualaikum dan salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementarian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang akan mengadakan program seperti berikut :

1. Perkara : KPT-UMP Eksplorasi Berakit Sungai Pahang IPT 1Malaysia

2. Tarikh : 9 - 15 Mei 2010 (6 hari 5 malam)

3. Jarak perjalanan eksplorasi ; Lebih kurang 190km

4. Daerah utama yang terlibat (bermula dari Bandar Temerloh dan berakhir di Pekan Water Front Pekan Pahang) :
a) Temerloh
b) Bera
c) Maran
d) Pekan

5. Perhentian :
a) Kg. Kuala Triang di Bera
b) Kg. Chenor di Maran
c) Kg. Baru Salong di Pekan
d) Kg. Padang Rumbia di Pekan

6. Pasukan : 10 orang/pasukan (6 orang ahli berakit & 4 orang krew sokongan)

7. Pihak penganjur hanya menyediakan makan minum, sebuah rakit buluh, tapak perkhemahan dan kemudahan asas. Peralatan perkhemahan tidak disediakan.

8. Yuran penyertaan : Setiap pasukan (10 orang sahaja) adalah RM1000.00

Kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA) yang berminat untuk menyertai program ini, sila respon memo yang telah disebarkan didalam STD-UMP dengan menyenaraikan 10 ahli (1 kumpulan) berserta nama penuh, no ID, no IC dan no telefon selewat-lewatnya 23 Mac 2010.

Sebarang masalah sila hubungi :
Darwani / Mc'wa (0135032953)

Sekian, terima kasih.

1 comments:

Anonymous said...

boleh x saye dapatkn logo rasmi utk prograam ni? sbb kami dari uniten buntu mencari logo ni..kami nk buat banner..kalau boleh, tlg postkn di fb saye ok..search muzil zanial..tq..